SW-ANTIOKSIDAN

1 botol : 10ml

HARGA
PENGGUNA : RM 59.40
AHLI : RM 47.70


GABUNGAN TEKNOLOGI ELEKTRON DAN KEAJAIBAN HERBA

ANTIOKSIDAN DARIPADA MAKANAN
Makanlah seboleh-bolehnya makanan yang hampir serupa dengan alam semula jadi di tempat tinggal kita. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah hampir dengan diri kita dan memberi pelindungan yang luas mengikut kesesuaian tempat tinggal kita. Kita yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa secara tegasnya disarankan memakan buah-buahan tropika seperti betik, jambu, belimbing, nenas dan sebagainya. Buah-buahan ini mestilah segar dan tidak diperam atau diawetkan. Masak di tangkai seperti buah durian adalah anugerah buah yang kaya dengan zat mineral tetapi jangn lupa bahawa antioksidan banyak terletak di kulitnya yang pada mulanya bersatu dengan tangkainya. Seumpamanya sebiji cili yang penawarnya terletak pada tangkainya.
Walau bagaimanapun sumber antioksidan yang paling baik ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

TEKNOLOGI ELEKTRON
Fakta saintifik tidak lagi dapat menolak bahawa teknologi elektron adalah diperlukan bagi mengimbangi tenaga hayat sel. Sebenarnya sel-sel menyerap sesama sendiri kerana mengalami ketempangan elektron untuk memegang kukuh binaan molekul oksigen.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya ‘rompakan’ untuk mendapatkan elektron bagi menstabilkan aktiviti sel tetapi boleh menimbulkan masalah kerana elaktron semakin berkurangan. Elektron seumpama nadi yang perlu ada di sekeliling atom-atom oksigen untuk meneruskan kehidupan.
Walupun suatu ketika dahulu nutrien-nutrien antioksidan boleh memainkan peranan yang amat besar dalam mencegah beberapa penyakit yang berkaitan sel-sel darah.
Tetapi nutrien yang paling efektif bertindak ajaib iaitu Habbatus Sauda’ (Black Seed) didapati lebih aktif berkali-kali lebih hebat apabila dirakamkan dengan gelombang elektron. Habbatus Sauda’ di beri pasangan dengan bunga Saffron sebagai kombinasi yang paling ideal khususnya untuk kaum wanita yang dapat berkongsi formula bagi mencapai tujuan dan faedah yang tersendiri.
Antioksidan yang dirumus dalam bentuk minyak esensial pelbagai herba adalah lebih efektif untuk bertindak merangsang enzim-enzim di bahagian pencernaan. Bagi mereka yang terlalu gemuk antioksidan yang bersifat membakar lemak amat membantu di dalam mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Bagi yang terlalu kurus pula adalah tidak digalakkan kerana ia tidak membantu untuk membentuk otot malah akan semakin kurus.

ANTIOKSIDAN YANG BERKESAN
Antioksidan mesti dapat menyingkirkan gas di dalam perut dengan cepat.
Dapat meningkatkan selera makan.
Dapat membakar lemak di bahagian kedutan jika disapu pada permukaan kulit yang bermasalah.
Dapat merawat semula penyakit yang berpunca daripada alahan-alahan pemakanan yang tidak di sedari yang sebenarnya sangat mengancam kesihatan individu.
Antioksidan dapat mengatasi kesan-kesan gastrik apabila perut kosong jika lewat mengambil makanan.
Mampu menukar dengan cepat segala makanan yang dimakan menjadi zat-zat yang di perlukan dalam tubuh dan kita akan dihindari daripada berbagai penyakit yang berpunca daripada kekurangan zat-zat tertentu.
Antioksidan dapat meningkatkan kadar hormon bagi berat badan yang merosot akibat tubuh menjadi seumpama tanah yang tidak dibaja dan ini amat mempengaruhi bahagian reproduktif lelaki dan wanita. Atau berat badan yang meningkat secara keterlaluan bagi wanita selepas bersalin kerana kadar hormon kesuburan begitu teruja ketika ibu-ibu mengambil makanan yang berlebihan semasa mengandungkan bayi mereka.
Kaum ibu amat di tekankan mengambil makanan yang terlalu banyak zat secara berlebihan namun akhirnya sisa-sisa makanan memberi kesan toksik yang menghodohkan beberapa bahagian tubuh.
Antioksidan dan sistem penghadaman amat berkait rapat di antara satu sama lain. Sesuai dengan pepatah ‘perut adalah tempat tersembunyi’ yang boleh mewujudkan berbagai jenis penyakit.
Frekuensi potensi rakaman energy gelombang elektron sebenarnya akan memberi kepantasan kepada seluruh sistem tubuh kita yang bekerja melalui aliran darah.
Rakaman tenaga dalam kelajuan gelombang terpantas ini tidak akan memberi ruang masa kepada segala jenis bakteria untuk menjadi lebih pantas daripadanya.
Teori ini amat meyakinkan kerana bakteria tidak mampu memintas dan menceroboh sebarang keganasan di dalam sel-sel darah kita.
Rakaman gelombang dalam frekuensi elektron ini akan membina keimunan yang paling semula jadi malah akan menjadi penentang kepada virus-virus yang luar biasa daripada keturunan streps yang berbahaya.
Tambahan pula generasi akan datang mempunyai sistem keimunan yang sangat rapuh sehingga ubatan antibiotik tidak lagi berkesan malah dengan mudah ditentang oleh bakteria.
Kuman-kuman pada hari ini semakin digeruni sperti virus ‘SARS’ yang menyaksikan satu kemunculan mikroorganisma (‘SUPER KUMAN’) yang luar biasa berbisa dan ganas. Frekuensi elektron dengan kepantasan masa melalui kaedah rakaman gelombang bunyi akan menggetarkan ubat-ubat lebih aktif untuk menentang ‘Super Kuman’.
Makrofaj (sel di antara tisu-tisu) yang aktif dapat dipercepatkan pergerakkannya melalui kelajuan yang lebih tinggi menerusi teknologi ini. Dengan teknologi ini, pasukan sel-sel T akan melalui proses kenalpasti diri sendiri dengan pantas dan tiada satu pencerobohan yang dapat berlaku kerana tiada lagi peruntukkan masa untuknya mencuba sesuatu di luar kawalannya.

SELENIUM DAN ZINK SEBAGAI ANTIOKSIDAN DI DALAM HABBATUS SAUDA’
Selenium merupakan bahan yang sangat membantu melindungi penyakit jantung dan kanser yang bertindak sebagai penawar lembut dan anti kebengkakkan. Zink terlibat dalam lebih 90 reaksi enzim dalam badan kita.
Ini termasuklah enzim-enzim yang mengeluarkan dan memperbaiki DNA . Zink terbukti dapat meningktkan tindakbalas imun dan ia juga mencegah daripada berlakunya berbagai penyakit yang serius.
Perlu di ingatkan bahawa penyakit yang sudah tercipta dan tersedia ada di dalam tubuh kita dan sepatutnya dapat dicegah adalah lebih berbahaya dan sukar diubati berbanding penyakit mendatang secara akut atau serangan secara tiba-tiba disebabkan faktor alahan.
Adakah cerita ini terlampau indah untuk dipercayai…
Kajian-kajian saintifik yang sah menunjukkan bahawa bidang teknologi elektron ini tidak akan diketengahkan kerana ia tidak menguntungkan si pembuat ubatan terutamanya pengusaha farmasi kerana ‘elektron’ secara asasnya adalah:
Suatu ciptaan Ilahi.
Satu anugerah semula jadi yang menjadi keperluan wajib ‘yang tidak boleh tidak’.
Tanpa elektron molekul oksigen tidak stabil dan kita akan mati secara perlahan-lahan apabila sel-sel yang kekurangan oksigen musnah seperti yang berlaku pada kebanyakkan penyakit barah.
Elemen yang tidak boleh dicipta di dalam makmal untuk dijual secara komersial.
Satu bentuk tenaga gema yang tidak kelihatan pada pandangan mata tetapi jelas dalam pengkajian gelombang.
Sebenarnya menyalahkan diri kita bahawa kekurangan nutrien untuk menghadapi penyakit tertentu tidak lagi boleh diterima. Apa yang berlaku 5 sistem elemen di bahagian penghadaman tidak mampu mencerna malah mengenalpasti zat-zat yang kita makan akibat fikiran yang terlalu lemah, keliru dan tertekan. Sebenarnya semua makanan yang kita ambil akan dihadam dengan jayanya sehingga ia bertukar kepada bentuk tenaga yang baru iaitu elektron.
Teknologi elektron dengan frekuensi gelombang oksigen atau frekuensi gelombang usus besar dan usus kecil atau frekuensi gelombang pankreas yang merembeskan hormon bagi mengurai bahan makanan yang diurai dan dibakar adalah jawapan kepada jalan pintas agar semua unsur yang dimakan dapat dipertenagakan secara semula jadi.

TEKNOLOGI ELEKTRON VS RADIKAL BEBAS
Antioksidan dalam bidang nutrisi dengan gabungan teknologi elektron benar-benar merupakan satu penemuan baru yang amat rasional dalam keilmuan teori molekul.
Penggunaan antioksidan yang ajaib seperti Habbatus Sauda’ dengan gabungan teknologi elektron sama pentingya dengan penemuan antibiotik untuk kesihatan kita.
Antioksidan Habbatus Sauda’ dan Saffron juga merupakan anti barah yang paling mujarab apabila ia di dapati mampu meningkatkan sistem imun yang saling jalin-menjalini dengan sistem-sistem tubuh yang berkaitan terutamanya yang bermula atau berawal daripada sistem pencernaan.
Hati adalah tempat yang menjadi sarang atau bekas penyimpan lemak. Bahagian yang berlemak adalah sasaran kepada serangan secara ganas oleh peroksida. Membran sel mudah terjejas dan seterusnya boleh merosakkan DNA. Sebab itulah kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil makanan daripada organ-organ haiwan seperti hati kerana ini akan menyebabkan mereka menjadi nakal dan hiperaktif yang kerterlaluan.
Kesan jangka panjang terhadap tahap kesihatan kanak-kanak ialah mudah mengalami penyakit kronik lebih awal daripada jangkaan usia.
Kulit memberi kesan pada watak atau sifat seseorang samada ia tenang, ceria dan tenteram di dalam melalui kehidupan sehariaannya atau sebaliknya. Perubahan cuaca yang sejuk dan kering menyebabkan kesan amat ketara pada kulit yang mengalami perubahan seperti di atas di dalam proses pembaharuan pada sel-sel kulit secara semula jadi.
Tanda paling mudah samada seseorang sihat atau sedang mengalami peperangan dengan radikal bebas akibat kecelaruan antioksidan adalah apabila kulit pada seluruh tubuh seperti berkuping, bersisik, bergaris-garis, berketak-ketak dan menggelupas memutih dan sebagainya.

SERI WAJAH DAN SERI WAJAH ANTIOKSIDAN
Jika Seri Wajah bertindak merawat kerohanian (masa) seseorang, maka Seri Wajah Antioksidan bertindak merawat jasmaniah (jisim/fizikal) seseorang. Gabungan 5 jenis minyak esensial herba seperti Habbatus Sauda’, Black Pepper, Pepermint, Ginger dan Kulit Kayu Manis amat sesuai kepada diet antioksidan masyarakat Asia.
Antioksidan dalam bentuk cecair ini dirakam dengan teknologi elektron dapat menentang radikal bebas yang menguasai bahagian usus dan menghalang usus membersihkan lebihan gas dan asid yang bersifat toksid malah akhirnya membentuk radikal bebas yang berbahaya.

CARA PENGGUNAAN:
• Ambil beberapa titik dan letakkan pada lidah sebelum dan selepas makan. Boleh juga dimasukkan beberapa titik ke dalam air sejuk.
• Boleh dijadikan amalan 3 hingga 5 kali sehari untuk menjaga berat badan dan merawat sistem penghadaman.


Untuk online order sila SMS/WHATSAPP/CALL 012 - 976 5907 (PN. FANA) atau 010 - 529 9231 (FARMASI CVTSB)
PENGEPOSAN DILAKUKAN MELALUI GDEX, RM11.60